Login SAPS Ibu bapa dan NKRA


#1

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) merupakan satu sistem online yang diwujudkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyimpan data-data peperiksaan sekolah di seluruh Malaysia. Sistem ini boleh memudahkan ibu bapa dan pelajar membuat semakan tentang keputusan peperiksaan, serta guru untuk memasukkan markah peperiksaan secara online. Sistem SAPS juga boleh diakses dan digunapakai oleh pihak sekolah, KPM, JPN, PPD.

Semakan SAPS Ibu Bapa

Semakan keputusan peperiksaan online hanya melibatkan pelajar sekolah rendah dari darjah 1 hingga darjah 6 serta pelajar sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.
Segala keputusan peperiksaan boleh disemak melalui laman SAPS kecuali peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.
Peperiksaan sekolah termasuk Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan.

Langkah-langkah membuat semakan keputusan peperiksaan pelajar.

  1. Melayari ke laman SAPS: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
  2. Mengisi maklumat lengkap pelajar seperti No IC/Sijil lahir, Negeri, Nama sekolah dan tahun.
  3. Tekan semak.
  4. Tekan Papar Slip Keputusan atau Papar Markah Keputusan.

Sistem seterusnya akan memaparkan slip keputusan peperiksaan pelajar dengan perinci termasuk markah setiap subjek, kedudukan dalam kelas dan tingkatan. Dengan adanya sistem online SAPS, ibu bapa dapat memantau keputusan pelajar dengan lebih senang dan efektif.

Bagaimana sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak?
Sekiranya nombor IC pelajar tidak dapat disemak, ibu bapa harus menghubungi dan memaklum kepada guru kelas pelajar berkenaan. Kejadian ini biasanya berlaku disebabkan kesalahan pengisian nombor IC di APDM.

Langkah-langkah guru mengemaskini nombor IC pelajar.

  1. Tekan semak setelah memilih jenis peperiksaan.
  2. Tekan Import Data APDM - Senarai Murid SAPS & APDM.
  3. Membetulkan nombor IC pelajar yang salah dan tekan OK.
  4. Tekan Import bagi mendapatkan nombor IC pelajar yang terkini.

SAPS Online Khas Login Guru

Bagi pihak guru, SAPS online penting untuk mereka memasukkan markah peperiksaan bagi setiap pelajar yang menduduki peperiksaan. Semua markah pelajar yang dimasukkan akan dianalisis berdasarkan subjek, kelas, tahun dan lain-lain. Jadi, para guru dapat mengetahui peratus lulus, pelajar yang mendapat markah tertinggi serta pelajar paling cemerlang bagi setiap kelas mahupun seluruh tingkatan. Para guru juga menggunakan semua data ini untuk menilai dan membuat rancangan pembelajaran berdasarkan prestasi pelajar-pelajar.

Portal SAPS Guru: https://sapsnkra.moe.gov.my/

Guru perlu menggunakan ID Pengguna untuk login ke sistem. Guru perlu merujuk kepada Setiausaha Peperiksaan untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

Selain daripada laman web, aplikasi telefon pintar juga disediakan bagi memudahkan para guru berurusan di SAPS.
SAPS NKRA APP: https://play.google.com/store/apps/details?id=my.gov.moe.sapsnkra&hl=en

Bagaimanakah sekiranya guru melupakan kata laluan pengguna?
Sekiranya guru melupakan kata laluan untuk memasuki sistem SAPS, guru tersebut perlu jumpa dengan Setiausaha Peperiksaan untuk menukar semula kata laluan.
Guru juga boleh memasuki Single Sign On (SSO) dengan menggunakan satu ID Pengguna dan kata laluan sahaja. ID Pengguna dan kata laluan tersebut boleh didapati dari Guru Data sekolah masing-masing.

Pengisian markah peperiksaan sekolah
Para guru diwajibkan mengisi markah keputusan peperiksaan Ujian 1 dan 2, Peperiksaan pertengahan tahun, Peperiksaan akhir tahun dan Peperiksaan percubaan. Pengisian markah guru tidak termasuk peperiksaan awam seperti UPSR, PT3 dan SPM.
Para guru hanya akan memula proses pengisian markah setelah mendapat arahan daripada Setiausaha Peperiksaan serta telah Daftar Subjek.

Langkah-langkah Daftar Subjek

  1. Memilih Jenis Peperiksaan dan tekan Masuk.
  2. Merujuk Menu Guru MP dan tekan Daftar MP.
  3. Memastikan data-data adalah betul, guru perlu mengemaskini semula di APDM sekiranya terdapat kesilapan data.

Jika guru mempunyai sebarang masalah untuk memasuki sistem ataupun masalah lain tentang sistem. Anda boleh merujuk kepada pegawai-pegawai berkenaan.
Guru Mata Pelajaran > Setiausaha Peperiksaan > Pegawai Unit ICT / SPA di PPD > Pegawai Unit ICT / SPA di BPSH, KPM.

Jika sekadar di peringkat sekolah, para guru dinasihati agar memaklumkan kepada Setiausaha Peperiksaan Sekolah sahaja kerana mereka amat arif dengan sistem dan dapat menyelesaikan masalah anda dengan lebih cekap.

Mengisi markah peperiksaan percubaan UPSR ataupun PT3
Langkah-langkah Setiausaha Peperiksaan membuat pengesahan markah.

  1. Tekan Masuk mengikut jenis peperiksaan setelah login ke sistem.
  2. Tekan Tingkatan/Tahun.
  3. Tekan pengesahan markah.

Masalah kegagalan pengesahan markah boleh berlaku disebabkan terdapat markah subjek teras masih belum diisi dalam sistem SAPS.
Namun begitu, jika terdapat subjek bukan teras yang belum diisi markah, pengesahan markah masih dapat dilakukan kerana pengiraan GPS hanya melibatkan subjek teras sahaja.
Subjek teras termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

Bagaimanakah jika Guru Mata Pelajaran Memilih Kod Subjek yang salah?
Guru Mata Pelajaran tersebut dikehendaki memaklumkan kesalahan tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan sekolah. Kesalahan kod subjek tersebut akan dibetulkan semula melalui menu Semakan Ralat Kod Mata Pelajaran.

  1. Tekan menu Semakan.
  2. Tekan Semak Ralat Mata Pelajaran.
  3. Tekan Ubah Suai bagi membetulkan kod subjek yang salah.
  4. Tekan Proses Markah Peperiksaan untuk mendapatkan gred dan kedudukan terkini selepas mengemaskini.
    Markah yang asal akan dimasukan dalam subjek baharu yang dipilih secara automatik.

a

Masalah yang selalu dihadapi oleh para guru.

  1. Kurang pasti tentang pendaftaran Nama Subjek.
  2. Tidak ingat kata laluan.
  3. Nama pelajar hilang dari senarai.
  4. Markah yang dimasukkan hilang.
  5. Pengisian markah yang dikemaskini masih adanya ralat.
  6. Kesalahan dalam analisis kedudukan pelajar.

Pembetulan Nama Pelajar di dalam sistem SAPS.
Segala kesalahan maklumat pelajar harus dimaklum kepada Guru Kelas pelajar berkenaan. Guru Kelas hendaklah membetulkan nama pelajar tersebut dalam sistem APDM dan menghubungi Setiausaha Peperiksaan sekolah bagi mengimport semula maklumat pelajar ke dalam sistem SAPS.

  1. Tekan Import Data APDM - Senarai Murid SAPS & APDM.
  2. Tekan butang di bawah Tindakan bagi delete nama pelajar.
  3. Tekan OK.
  4. Tekan Import untuk menerima nama pelajar yang telah dikemaskini.
    Pembetulan terhadap kesalahan nama pelajar tersebut adalah tidak mempengaruhi markah-markah peperiksaan sebelum ini namun Setiausaha Peperiksaan perlu memproses semula bagi membetulkan nama pelajar tersebut dalam slip peperiksaan.

Mengemaskini bilangan pelajar dalam setiap subjek.
Guru mata pelajaran boleh mengubah bilangan pelajar dalam setiap subjek yang diajar.

  1. Tekan Masuk mengikut jenis peperiksaan setelah login ke sistem.
  2. Tekan Menu Guru MP.
  3. Tekan Markah Peperiksaan.
  4. Tekan Klik disini untuk mengubah bilangan murid setiap subjek.

Bagaimanakah sekiranya seorang Setiausaha Peperiksaan ingin menukar admin kepada guru yang lain?
Anda dikehendaki memasuki sistem SAPS untuk menukar admin kepada guru yang lain.

  1. Tekan Masuk mengikut peperiksaan.
  2. Tekan Menu Kemudahan.
  3. Tekan Tukar Admin.
  4. Tekan Pilih Guru untuk mendapatkan senarai guru.
  5. Tekan Hantar setelah memilih Setiausaha Peperiksaan yang baharu.

Pendaftaran sekolah baharu di sistem SAPS.
Bagi sekolah baharu yang belum mendaftar di sistem SAPS, pihak sekolah tersebut hendaklah menghubungi pegawai perhubungan SAPS di JPN. Kod sekolah akan didaftarkan untuk sekolah berkenaan melalui Helpdesk SAPS. Pihak sekolah hendaklah memilih seorang guru untuk dilantik sebagai Setiausaha Peperiksaan bagi sekolah tersebut. Guru yang dilantik perlu melayari portal SAPS untuk mendaftarkan diri.

Pendaftaran nama para guru dan pelajar ke sistem SAPS
Melalui portal APDM, pihak sekolah dikehendaki mengemaskini data para guru dan pelajar dengan lebih awal. Setiausaha Peperiksaan boleh mengimport data-data ke dalam SAPS hanya setelah ia dikemaskini dalam APDM.
Guru boleh memilih sama ada mahu import data dari APDM, import Darjah ataupun import Individu.

Pendaftaran guru mata pelajaran yang baharu ke sistem SAPS.
Pendaftaran guru mata pelajaran baharu boleh dilakukan dengan 2 cara iaitu Mendaftarkan sendiri serta Mendaftar melalui Setiausaha Peperiksaan.
Langkah-langkah bagi Pendaftaran sendiri

  1. Melayari ke https://sapsnkra.moe.gov.my
  2. Tekan daftar ID Guru di portal SAPS.
  3. Mengisi No IC, ID Pengguna, Kata Laluan 2 kali.
  4. Tekan Daftar.

Daftar ID Guru

Langkah-langkah bagi Pendaftaran melalui Setiausaha Peperiksaan.

  1. Login ke sistem SAPS.
  2. Tekan menu Guru.
  3. Tekan Tambah Guru.
  4. Mengisi No IC, Nama guru, Jantina serta maklumat yang lain.
  5. Tekan Simpan.

Menukarkan guru ke sekolah yang baharu.
Sebelum guru mata pelajaran ataupun guru kelas ditukar ke sekolah baharu, perkara ini mesti dimaklumkan dahulu kepada Setiausaha Peperiksaan sekolah supaya bantu memindahkan maklumat guru berkenaan ke sekolah lain dalam sistem SAPS.
Langkah memindahkan maklumat guru ke sekolah lain dalam sistem SAPS.

  1. Tekan menu Guru.
  2. Tekan Kemaskini Guru.
  3. Tekan Pindah Sekolah.
  4. Tekan Pilih.
  5. Mengisi Kod Sekolah ataupun Nama Sekolah baharu.
  6. Memilih Sekolah baharu.
  7. Tekan Pindah Guru.

Subjek-subjek guru yang berpindah akan didaftarkan dengan guru lain yang menggantikan guru berkenaan.

Langkah-langkah menggantikan subjek guru. (Dilakukan oleh guru yang mengambil alih)

  1. Tekan Menu Guru MP.
  2. Tekan Daftar MP.
  3. Memilih Tingkatan, Kelas, MP dan Bil. Murid Ambil.
  4. Tekan Hantar.