Login eGtukar dan Panduan Lengkap


#1

eGTukar Guru diwujudkan oleh Malaysia Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi memudahkan pengurusan hal pertukaran guru-guru di seluruh Malaysia. Permohonan hanya dibuka 2 kali sahaja dalam setahun iaitu pada bulan April bagi pertukaran bulan Jun dan bulan September bagi pertukaran bulan Januari.

Cara Login ke eGTukar

  1. Tekan masuk link: https://epgo.moe.gov.my/index.cfm
  2. Bagi pengguna yang layari bagi pertama kali, anda perlu daftar dahulu melalui link: https://epgo.moe.gov.my/dr_login/sign_up.cfm

Mengisi Maklumat Pendaftaran

  1. Semua guru yang menggunakan eGTukar diwajibkan membuat ID Pengguna dan Kata Laluan Sistem sebelum menbuat capaian ke eGTukar.
  2. Maklumat-maklumat berikut yang diperlukan bagi mendaftar ID Pengguna dan Kata Laluan
    a. Nama Dalam Kad Pengenalan
    b. IC
    c. Nombor Gaji ID Pengguna
    d. Kata Laluan Pengguna
    e. Email
    f. Tarikh Lahir Pengguna
    g. Soalan Keselamatan
    h. Jawapan

Info Penting

  1. Para guru eGTukar hendaklah mendaftar bagi mendapatkan ID Pengguna dan kata laluan. Pemohon hanya dibenarkan menghantar 1 permohonan sahaja bagi setiap sesi pertukaran.
  2. Para guru tidak dibenarkan membuat pertukaran dalam negeri yang sama sekiranya mereka berada mengajar di jenis sekolah yang sama.
  3. Para guru tidak dibenarkan membuat perubahan maklumat setelah borang permohonan dihantar.
  4. Sistem tidak akan menerima maklumat permohonan jika pemohon tidak membuat penghantaran maklumat.
  5. Pemohon perlu mencetakkan maklumat yang dipaparkan di menu cetakan bagi mendapat nombor permohonan. Nombor permohonan tersebut perlu dihantar kepada pengetua ataupun guru besar untuk menjadikan bukti permohonan.

Syarat-syarat Permohonan Pertukaran

  1. Guru yang tidak layak membuat permohonan eGtukar:
    a. Guru yang telah menamatkan latihan LPBS tetapi tidak cukup tempoh perkhidmatan (36 bulan) di sekolah.
    b. Guru Sandaran Tidak Terlatih yang sedang mengikuti Kursus Dalam Cuti.
    c. Guru yang sedang bercuti tanpa gaji.
    d. Guru yang sedang dikenakan tindakan tatatertib.
    e. Guru yang sedang mengikuti kursus atau cuti belajar.
    f. Guru yang sedang mengikuti Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS).

  2. Para guru hanya boleh membuat permohonan terhadap negeri yang terdapat kekosongan jawatan. Permohonan terhadap negeri yang tidak mempunyai kekosongan jawatan akan ditolak.

  3. Para guru memerlukan 2 surat untuk dibenarkan menukar iaitu surat pemakluman kelulusan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri asal dan surat penempatan pertukaran dari Jabatan Pelajaran Negeri.

  4. Kementerian Pelajaran tidak membenarkan para guru membatalkan permohonan pertukaran sekiranya permohonan pertukaran telah diluluskan.

  5. Sekiranya terdapat sebarang pemalsuan maklumat dalam keterangan yang dihantar, permohonan tersebut tidak akan dilayan dan permohonan yang telah dilulus juga turut terbatal. Oleh itu, para guru hendaklah memastikan butiran yang diisi dalam borang tepat, lengkap dan benar.

  6. Sekiranya permohonan pertukaran diluluskan, semua jawatan yang sedang dijawat oleh guru tersebut akan tergugur serta merta.

  7. Segala salinan dokumen yang berkaitan perlulah disahkan dan dihantar kepada Pengetua ataupun Guru Besar.

  8. Jabatan Pelajaran Negeri/Bahagian-bahagian yang berkenaan di Kementerian Pelajaran Malaysia akan menentukan segala aktiviti penempatan sekolah.

Faktor utama yang meluluskan guru untuk bertukar ke negeri yang dimohon?
Tiga faktor utama yang meluluskan guru untuk bertukar ke negeri yang dimohon adalah bergantung kepada kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon.

Gred Guru yang layak memohon pertukaran dalam module eGTukar?
Permohonan dibuka kepada Guru Penolong Gred DG29, DG32, DG34, DG38, DG41, DG42, DG44, DG48, DG52 dan DG54 sahaja. Pentadbir dan Guru Cemerlang perlulah mengisi borang permohonan dan dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) melalui JPN atau Bahagian di bawah Sektor Operasi Pendidikan (SOP) yang berkenaan.

Tarikh pengumuman bagi keputusan permohonan pertukaran.
Tarikh pengumuman bagi keputusan permohonan pertukaran guru akan dimaklum dan dipaparkan melalui Modul e- GTukar secara online.

Tempoh perkhidmatan yang diperlukan bagi kelulusan pertukaran guru.
Kelulusan pertukaran guru tidak hanya bergantung kepada tempoh perkhidmatan. Tetapi juga tertakluk kepada kekosongan perjawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen di negeri yang dipohon.

Sekiranya terdapat kekosongan di sekolah/daerah tertentu, bolehkah guru membuat permohonan untuk menukar ke sekolah/daerah tersebut?
Para guru boleh membuat permohonan untuk bertukar ke sekolah/daerah yang dibuka untuk Pertukaran Guru bagi Tahun 2017. Permohonan akan diluluskan bergantung kepada bilangan keseluruhan permohonan ke sekolah/daerah tersebut dan tertakluk kepada kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen.

Alasan untuk melulus permohonan pertukaran?
Kelulusan permohonan pertukaran adalah bergantung kepada kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen di negeri yang dimohon. Selain itu, masih terdapat wajaran yang akan diambil kira dalam pertimbangan kelulusan pertukaran.

Bolehkah membuat permohonan pertukaran suka sama suka?
Segala permohonan pertukaran suka sama suka adalah tidak dibenarkan.

Sebab permohonan pertukaran suka sama suka tidak dibenarkan.
Kelulusan permohonan pertukaran adalah tertakluk kepada kira bilangan keseluruhan pemohon ke sekolah/daerah dan juga mengambil kira kekosongan jawatan, kepentingan perkhidmatan dan keperluan opsyen di sekolah/daerah berkenaan.

Jika Pengetua ataupun Guru Besar tidak membenarkan permohonan dibuat, adakah permohonan pertukaran tersebut akan dibatalkan?
Bagi permohonan pertukaran yang tidak mendapat sokongan dari Pengetua ataupun Guru Besar, permohonan tersebut masih akan dipertimbangkan bergantung kepada kepentingan perkhidmatan.

Membuat rayuan jika permohonan pertukaran tidak lulus?
Pemohon tidak dibenarkan membuat rayuan tentang keputusan permohonan kerana segala keputusan yang dimaklumkan adalah muktamad. Namun begitu, pemohon masih boleh membuat permohonan yang baharu pada sesi pertukaran yang seterusnya.

Bolehkah saya membatalkan kelulusan pertukaran sekiranya saya bertukar fikiran?
Para guru tidak dibenarkan untuk membatal kelulusan yang telah diluluskan kerana keputusan kelulusan pertukaran adalah muktamad. Guru hendaklah melaporkan diri di sekolah baharu dalam tempoh yang singkat. Jika guru tidak mengikuti arahan tentang keputusan pertukaran tersebut, tindakan tatatertib akan dikenakan terhadap guru yang berkenaan.

Apakah yang akan berlaku jika saya tidak melapor diri dalam tempoh yang dimaklumkan walaupun telah lulus permohonan pertukaran?
Bagi guru yang tidak melapor diri dalam tempoh yang dimaklum walaupun telah lulus permohonan pertukaran, guru yang berkenaan akan dikenakan tindakan tatatertib.

Saya menghadapi masalah untuk melayari modul eGTukar, pihak manakah yang harus saya rujuk?
Bagi Sekolah Kolej Vokasional dan Sekolah Menengah Teknik, sila rujuk kepada Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional.
Bagi Sekolah SABK®, SABK(M) dan SMKA, sila rujuk kepada Bahagian Pendidikan Islam / Jabatan Pendidikan Negeri.
Bagi Sekolah Rendah Harian (SK, SJKC dan SJKT) dan Sekolah Menengah Harian, sila rujuk kepada Pejabat Pendidikan Daerah /Jabatan Pendidikan Negeri.
Bagi Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas, Sekolah Menengah Pendidikan Khas dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional, sila rujuk kepada Bahagian Pendidikan Khas / Jabatan Pendidikan Negeri.
Bagi Sekolah Berasrama Penuh, sila rujuk kepada Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.
Bagi Sekolah Sukan, sila rujuk kepada Bahagian Sukan.
Bagi Sekolah Seni, sila rujuk kepada Bahagian Kokurikulum dan Kesenian.

Adakah saya masih boleh membuat permohonan pertukaran atas sebab arahan perkhidmatan pasangan walaupun tarikh permohonan sudah tutup?
Ya, guru masih boleh membuat permohonan pertukaran dengan menghantar borang manual (boleh download dari modul eGTukar) dan mendapat pengesahan dari Pengetua ataupun Guru Besar. Penghantaran borang permohonan kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah wajib untuk tindakan kunci masuk.

Bagaimanakah pembatalan permohonan pertukaran dilakukan?
Jika permohonan pertukaran belum disahkan oleh Pengetua ataupun Guru Besar, maka pemohon boleh dibatalkan boleh pemohon sendiri.
Jika permohonan pertukaran tersebut telah dibuat oleh Pengetua ataupun Guru Besar, maka pemohon boleh membatal melalui PPD/JPN semasa.

Bagaimanakah jika saya ingin membuat perubahan butiran pada borang permohonan saya?
Guru yang ingin mengubah butiran pada borang permohonan hendaklah membatalkan permohonan asal terlebih dahulu. Seterusnya segera menghantar borang permohonan yang baharu dalam tempoh permohonan yang masih dibuka.

Bagaimanakah jika saya ingin menangguhkan tarikh mula bertugas di sekolah baharu?
Bagi guru yang ingin menangguhkan tarikh mula bertugas di sekolah baharu, guru tersebut hendaklah melapor diri dahulu kepada Pengetua ataupun Guru Besar di sekolah baharu yang ditempatkan. Seterusnya memohon lagi supaya tarikh mula bertugas ditangguhkan. Pengetua ataupun Guru Besar sekolah tersebut akan diberi masa selama 14 hari dari tarikh kuatkuasa arahan pertukaran untuk mempertimbangkan permohonan penangguhan guru berkenaan.

Sebarang pertanyaan mengenai egtukar boleh membuatkan topik baharu.


Login guide for eOperasi