APDM

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) ialah satu aplikasi bagi menyimpan segala maklumat berkaitan dengan murid secara online. Maklumat-maklumat yang disimpan dalam APDM boleh digunakan semasa mengisi aplikasi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS).

eGTukar

eGTukar Guru merupakan satu sistem online bagi menguruskan pertukaran guru-guru di Malaysia di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Permohonan hanya dibuka 2 kali dalam setahun iaitu pada bulan April bagi pertukaran bulan Jun dan bulan September bagi pertukaran bulan Januari.

eOperasi

Modul Pengurusan Guru (eOperasi) merupakan salah satu modul pengurusan dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang melibatkan pengurusan data berkaitan guru dan bukan guru.

ePangkat

Sistem Kenaikan Pangkat (ePangkat) merupakan satu aplikasi yang diwujudkan bagi membekal dan mengurus maklumat-maklumat tentang kenaikan pangkat guru-guru.

ePerolehan

Sistem Perolehan Elektronik (ePerolehan) merupakan satu sistem perolehan elektronik yang telus bagi memudahkan aktiviti perolehan yang melibatkan pihak pembekal dan agensi kerajaan.

ePrestasi

ePrestasi merupakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang melibatkan pengisian borang markah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) oleh warga guru.

eSPLG

Sistem Pengurusan Latihan Guru (eSPLG) merupakan satu sistem yang diwujudkan bagi merekod dan mengurus maklumat-maklumat yang berkaitan dengan kursus, latihan, bengkel atau taklimat yang dihadiri oleh guru-guru.

HRMIS

Sistem Maklumat Pengurusan Sumber Manusia (HRMIS) merupakan satu aplikasi yang diwujudkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) untuk kegunaan semua jabatan kerajaan sebagai sistem aplikasi pengurusan kakitangan bersepadu.

PAJSK

Pendidikan Aktiviti Jasmani Sukan Kokurikulum (PAJSK) merupakan satu sistem online yang digunakan oleh guru-guru bagi menjalankan Pentaksiran PAJSK mengikut format dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

SAPS IBUBAPA

SAPS dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah yang dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memudahkan ibu bapa dan murid menyemak keputusan, dan guru untuk memasukkan markah secara online.

SSO

Single sign-on (SSO) merupakan satu mekanisma kawalan akses bagi pelbagai sistem yang berkaitan namun tidak bergantung antara satu sama lain. Maksudnya seorang pengguna hanya perlu login sekali sahaja untuk mengakses semua sistem yang terlibat.